PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mengakui rasa sedihnya walaupun JDT mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih musim ini.
Ia susulan Harimau Selatan diberikan kemenangan percuma selepas Selangor FC menarik diri daripada aksi perebutan trofi itu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor pada Jumaat.
Tunku Mahkota Ismail meluahkan kesedihannya menerusi satu komen di laman Instagram kelab itu, apabila skuad kendalian Hector Bidoglio diputuskan sebagai pemenang tanpa perlu beraksi di atas padang.