Dengar Suria

Sukan

Sedih kontrak tidak disambung, hero Piala MFL TFC masih belum dilamar mana-mana kelab

JARINGAN tunggal yang memberi Terengganu FC (TFC) II kemenangan Piala MFL ternyata tidak memberi jaminan untuk Muhd Isa Raman kekal bersama skuad Sang Penyu selepas mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan berkenaan pada penghujung musim lalu.

Nama Isa Raman sebelum ini tidak sepopular Ubaidullah Shamsul Fazili, Muslihuddin Atiq Mat Zaid dan Faris Rifqi Abdul Rashid, namun jaringannya pada pentas akhir Piala MFL kekal segar di ingatan penyokong.

Pada minit ke-82 perlawanan akhir menentang Johor Darul Ta’zim II, TFC II membuat pertukaran dengan memasukkan Isa Raman bagi menambah pemain di bahagian serangan dan percaturan berkenaan membuahkan hasil dengan trofi Piala MFL menjadi milik Sang Penyu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%
Path: /terkini/sukan/sedih-kontrak-tidak-disambung-hero-piala-mfl-tfc-masih-belum-dilamar-mana-mana-kelab/