PENGENDALI skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengharapkan sokongan padu diberikan oleh penyokong Malaysia walaupun berada jauh daripada mereka.
Malaysia akan turun berdepan Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat. Menyedari tidak akan ramai ‘ekor’ Harimau Malaya yang berada di tempat lawan, Pan-gon meminta agar doa dihantar untuk mengiringi perjuangan skuad negara.
“Kami tahu yang semua rakyat Malaysia akan menyokong kami. Oleh itu, ia akan menjadi kekuatan kami ketika turun berdepan Oman.