SUDAH menjadi kelaziman dalam bola sepak moden apabila sesebuah kelab melanggar peraturan berkaitan kewangan, mereka akan dihukum.
Antara hukuman yang dikenakan adalah denda, pemotongan mata serta sekatan perpindahan atau transfer ban. Di Malaysia, hukuman sekatan perpindahan juga sering diberikan kepada kelab yang culas menguruskan kewangan mereka.
Terdapat beberapa kelab yang telah menerima hukuman tersebut. Namun bagi kelab Pantai Timur, Kelantan FC, mereka seakan sudah lali dengan hukuman tersebut.