PERTEMBUNGAN perlawanan akhir antara Selangor FC dan PDRM FC dalam saingan Piala MFL 2024 bakal menentukan kelab mana yang akan dinobatkan sebagai ‘Raja Lembah Klang’.
Pertemuan final Piala MFL diramal bakal menjadi tumpuan dengan PDRM kini membawa status juara bertahan, tatkala Selangor masih kebal tanpa kekalahan dalam 10 aksi terakhir.
Sang Saka Biru akan turun dalam pertemuan pertama perlawanan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Sabtu sebelum menghitung aksi final kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, seminggu kemudian.