Dengar Suria

Sukan

‘Sayang jika bakat tersekat’, Patrick Vieira Malaysia patut jadikan kelab Pantai Timur, Utara sebagai destinasi

NAMA pemain tengah Sri Pahang FC, Ibrahim Manusi kini menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas menampilkan aksi cemerlang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 pada Sabtu.

Dalam perlawanan dramatik yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ibrahim atau lebih mesra disapa Baim mempersembahkan kawalan permainan yang matang dan berpengaruh di bahagian tengah.

Walaupun Sri Pahang tewas 1-2 kepada juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), Baim tetap menyerlah, terutama selepas rakan sepasukannya, Sergio Aguero dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama menjadikannya satu-satunya pemain tengah utama Tok Gajah yang beraksi hingga tamat perlawanan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%