KEMELUT kewangan dialami hampir separuh kelab Liga Super musim lalu menyaksikan pemain dan staf kejurulatihan berdepan isu tunggakan gaji.
Pasukan seperti Kelantan FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur (KL) City merupakan antara pasukan paling teruk terjejas dengan tunggakan dilaporkan berlanjutan beberapa bulan.
Masalah berkenaan pasti akan mencalarkan imej bola sepak negara kerana orang ramai sudah ‘jemu’ dengan isu yang seakan-akan tidak berpenghujung itu.