KEROSAKAN pelbagai kemudahan serta kos pemeliharaan yang tinggi menyaksikan Stadium Shah Alam, Selangor terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan kompleks sukan baharu.
Keputusan itu pada awalnya menerima tentangan pelbagai pihak yang berasakan kerajaan negeri sepatutnya mencari jalan alternatif untuk memberi ‘nafas’ baharu terhadap venue megah itu.
Bagi mereka, perlawanan bertaraf lima bintang yang pernah berlangsung di stadium tersebut menjadikannya salah satu mercu tanda penting dalam dunia bola sepak tanah air.