PENYERANG Wolverhampton Wanderers, Matheus Cunha mencetuskan kontroversi selepas memuat naik hantaran di Instagram yang menggambarkan hasratnya untuk meninggalkan kelab sebelum bertindak memadamnya beberapa minit kemudian.
Hantaran tersebut mengandungi gambar hitam putih dirinya mengenakan jaket latihan Wolves dengan kapsyen, ‘Masa untuk bahagia. Saya akan mengikuti impian saya, bukan impian anda. Jadi, bertenang’ yang jelas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong.
Kumpulan penyokong pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan, Talking Wolves sempat merakam tangkapan skrin hantaran itu, yang kemudiannya tular dan mengundang kritikan terhadap pemain Brazil itu.