PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Datuk Shahelmy Yahya menepis dakwaan kononnya pemain sayap Sang Badak, Saddil Ramdani sudah meninggalkan kelab itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat, pihak tersebut menjelaskan tiada kelab lain sudah menghubungi pemain kebangsaan Indonesia itu sambil menegaskan mereka sedang berusaha mencari penyerang baharu.
“Kita meluluskan hasrat untuk menambah seorang pemain import untuk menajamkan jentera serangan. Setakat ini, proses penilaian beberapa profil pemain penyerang dikemukakan ejen sedang dilakukan.