KEMATANGAN dipamerkan setiap kali beraksi menjadikan Arif Aiman Hanapi menjadi buruan kelab-kelab gergasi sekitar Asia yang sudah lama mengikuti perkembangannya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
Bagaimanapun, musim ini, khabar angin yang mengatakan pemain sayap itu akan berkelana semakin hangat didengari selepas dia memberikan persembahan berkualiti dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite.
Lima gol dijaringkan di peringkat kumpulan meletakkannya sebaris dengan pemain bertaraf antarabangsa seperti Riyad Mahrez dan Aleksandar Mitrovic yang berpengalaman di Eropah.