PERUBAHAN venue perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak FC mencetuskan perbalahan antara kedua-dua penyokong pasukan yang mempunyai pandangan berbeza mengenainya.
Kemarahan pasti lebih dirasai peminat setia skuad The Bos Gaurus (TBG) yang tidak bersetuju dengan pendirian Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana membuat keputusan secara terburu-buru.
Ini kerana mereka berasakan Stadium Manjung, Perak sudah cukup sesuai untuk menganjurkan aksi Liga Super itu, namun Stadium Sultan Ibrahim, Johor dipilih pihak pengelola liga.