SATU pertembungan perseorangan lelaki melibatkan wakil dari negara haram Israel dan Nepal secara tidak sengaja untuk kira-kira lima minit di Siaran Olimpik 4 di RTMKlik pada Rabu.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dalam kenyataan pada Khamis berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kemudiannya bertindak menyiarkan acara bola baling dengan segera.
“Sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024, RTM sudah menyiarkan aksi Lee Zii Jia secara langsung di saluran Okey pada Rabu bermula pukul 8.50 malam sehingga 9.30 malam (MyTV, Astro & RTMKlik).