Dengar Suria

Sukan

Romel, Arif Aiman buat bek Terengganu pening kepala, fans geram taktikal ‘backpass’ Sang Penyu

KEHANGATAN aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024-2025 antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti dijangka penyokong bola sepak tempatan apabila kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang mendebarkan.

Terengganu yang meletakkan Muhammad Akhyar Rashid dalam kesebelasan utama pasukan memberikan dimensi berbeza buat pengendali Sang Penyu, Badrul Afzan Razali untuk mengatur serangan ke kubu pertahanan JDT.

Manakala, JDT pula memanfaatkan penggunaan kuota import apabila menurunkan Bergson da Silva, Jun Heong-park, Iker Undabarrena, Juan Muniz, Eddy Israfilov dan Oscar Arribas bagi membawa bekalan selesa ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 1 Februari 2025.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%