KONFLIK kontrak antara Trent Alexander-Arnold dan Liverpool menjadi semakin rumit apabila pemain antarabangsa England tersebut enggan melanjutkan tempoh perkhidmatan bersama kelabnya itu.
Jadi, untuk mengelakkan bek kanan tersebut berpindah secara percuma, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terpaksa melepaskannya pada jendela perpindahan kali ini ke mana-mana pasukan berminat.
Berdasarkan khabar angin yang bertebaran di media sosial, Trent dilaporkan bersedia untuk berpindah ke kelab Sepanyol, Real Madrid yang sudah mengikuti perkembangannya sejak bertahun-tahun lalu.