BINTANG Manchester United, Bruno Fernandes, telah muncul sebagai sasaran mengejutkan Real Madrid dengan tawaran bernilai £90 juta (RM517 juta).
Menurut laporan eksklusif Daily Star Sport, Real Madrid, kelab paling berjaya di dunia, telah menghantar wakil mereka ke hampir setiap perlawanan Manchester United sejak kebelakangan ini – sama ada di tempat sendiri atau tempat lawan.
Tumpuan utama dalam misi pemantauan mereka adalah terhadap kapten Manchester United, Fernandes, yang kini berusia 30 tahun.