SEBUT sahaja nama OnTheGo (OTG) pasti komuniti PUBG Mobile Malaysia (PUBG MY) mengenali dan mengikuti siaran langsung (live streaming) di Facebook milik pengulas popular sukan permainan mudah alih yang popular di Asia Tenggara itu.
Bagi yang kurang mengenalinya, OTG ataupun nama sebenarnya P. Parthiban dikenali sebagai pengulas e-sukan profesional semenjak dia mengulas beberapa kejohanan Dota 2 sebelum bertukar ke platform PUBGM dan mengulas dalam kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia (PMPL MY).
Baru-baru ini, populariti OTG terbukti masih menjadi pilihan peminat sukan elektronik tanah air dan lebih spesifiknya komuniti PUBG apabila dia dinobatkan sebagai Pengulas Sukan Popular bagi Anugerah SAM 2022 yang berlangsung pada 29 Ogos lalu.
OTG bersama rakan pengulasnya, J Hunter. — Instagram/OTG