JUARA Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT) mengorak langkah baharu apabila secara rasminya melancarkan kedai cenderahati rasmi, JDT Direct Megastore di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Jumaat.
Majlis gilang-gemilang itu dirasmikan oleh Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail apabila beliau turut dibawa mengeliling kedai yang akan menjadi tempat wajib disinggah jika berkunjung ke ‘rumah’ rasmi skuad Harimau Selatan.
Selain keterujaan pengunjung menyaksikan cenderahati rasmi kelab di JDT Megastore, mata penyokong Harimau Selatan rata-ratanya tertumpu dengan nama pada jersi yang dipamerkan di kedai berkenaan.