MANCHESTER United gagal meraih kelebihan dalam pusingan pertama 16 pasukan terbaik Liga Eropah UEFA (UEL) apabila hanya mencatatkan keputusan seri kepada Real Sociedad.
Dalam pertembungan di tempat lawan pada Jumaat, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan skuad The Red Devils menjaringkan gol menerusi Joshua Zirkzee, sementara pasukan tuan rumah mencetak jaringan menerusi Mikel Oyarzabal.
Kegagalan mencatatkan kemenangan itu menyaksikan penyokong Man United kurang senang dengan persembahan anak-anak buah Ruben Amorim yang tidak memanfaatkan peluang untuk meraih bekalan bagi aksi timbal balik.