PEMAIN pertahanan Selangor FC, Quentin Cheng mendapat tonik tambahan menjelang perlawanan menentang Kelantan FC dalam Liga Super 2023 pada Jumaat.
Hal ini kerana, pertahanan berusia 23 tahun itu antara pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk menyertai kem latihan pusat menjelang perlawanan persahabatan menentang Syria dan China pada September depan.
Bagaimanapun, Quentin tahu bahawa untuk berada dalam pasukan utama Harimau Malaya, dia perlu bersaing dengan bek kanan terbaik negara, Matthew Davies dari kelab Johor Darul Takzim (JDT), yang digelar sebagai ‘Mr Consistent’ oleh penyokong tanah air.