Dengar Suria

Sukan

PSM jamin rumput SNBJ ‘cergas sepenuhnya’ sebelum final Piala Malaysia

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC pada 8 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Mohd Faidz Sanusi berkata susulan kerosakan yang berlaku selepas konsert Coldplay Rabu lepas, pihaknya akan melakukan kerja-kerja membaik pulih pada kadar segera seperti yang dilakukan ketika perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 sebelum ini.

“Kami akan pastikan permukaan padang Stadium Nasional boleh digunakan untuk final Piala Malaysia nanti. Kami sedar keprihatinan dan kebimbangan yang timbul dan akan segera mengatasi perkara itu,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

FOHeuZuacAAPcJF

Faidz ikrar rumput SNBJ akan dibaiki segera sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia. — Facebook/PSM

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%