SRI Pahang FC terus berdepan cabaran besar menjelang final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 12 April selepas kekalahan 2-0 kepada Kuching City dalam perlawanan Liga Super pada Selasa.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, gol daripada Yuki Tanigawa pada minit ke-14 dan Zahrul Nizwan pada masa tambahan memaksa skuad Tok Gajah menanggung kekalahan.
Ketua Jurulatih Pahang, Fandi Ahmad, mengakui terdapat perbezaan sikap pemain dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia dengan kurangnya tumpuan sebagai masalah utama.