PIHAK Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan daripada ibu bapa kanak-kanak yang lemas di tasik berhampiran Masjid Universiti Petronas (UTP) dekat Seri Iskandar, Perak.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, kejadian yang mengorbankan kanak-kanak berusia dua tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.
Kedua ibu bapa kanak-kanak yang dikenali sebagai Hadi Zulqarnain Muhammad Huzaifah itu disiasat di bawah seksyen tersebut kerana “mengabaikan kanak-kanak tanpa penjagaan yang munasabah”.