KEJOHANAN Siri Golf Amatur Kebangsaan Perodua (PNAGS) kini kembali untuk penganjuran kali keempat dengan format yang lebih mencabar dan menarik untuk pemain golf amatur tanah air apabila sebanyak 14 pusingan akan diadakan di semua negeri pada tahun ini.
Saingan pertama bagi peringkat kelayakan Wilayah Persekutuan PNAGS 2024 akan bermula di The Mines Resort & Golf Club pada 29 Februari ini manakala pusingan kelayakan terakhir akan berlangsung di Shan Shui Golf & Country Club, Tawau bagi peringkat Sabah pada 17 Ogos.
Kemuncak kejohanan bagi peringkat kebangsaan akan diadakan Forest City Golf Resort, Johor sebanyak dua pusingan pada 8 hingga 10 September.