PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kata-kata azimat buat skuad bola sepak negara yang bakal turun bertemu Bahrain dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Asia pada Sabtu.
Menerusi satu hantaran ringkas di laman X, beliau menyeru pemain agar menunjukkan kebangkitan dalam aksi yang bakal menjadi penentuan buat Harimau Malaya pada kempen kejohanan kali ini.
“Perlawanan kedua hari ini (Sabtu). Bangkitlah Harimau Malaya, dukungan rakyat sentiasa bersama kalian. Ayuh semua!” ujarnya.
Perlawanan kedua hari ini.