MALAYSIA berjaya menempah tempat ke suku akhir Pusingan Akhir Piala Thomas selepas dengan mudah mengatasi Algeria 5-0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan D di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China pada Ahad.
Dalam perlawanan itu, kem negara melakukan beberapa perubahan termasuk menurunkan pemain perseorangan profesional Cheam June Wei dan gandingan meningkat, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menentang pasukan kerdil dari benua Afrika itu.
Perseorangan kedua, Leong Jun Hao serta dua beregu, Aaron Chia dan Goh Szei Fei pula direhatkan manakala, ketua pasukan, Soh Wooi Yik berganding dengan Nur Izzuddin Rumsani sebagai beregu kedua.