PERMOHONAN Selangor FC untuk menangguhkan tarikh aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini tidak berjaya.
Ia ekoran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan pada Rabu mengumumkan perlawanan berkenaan akan diteruskan pada tarikh ditetapkan selepas mendapat jaminan daripada pihak keselamatan daripada polis.
“Dengan persiapan keselamatan dilakukan pihak polis, MFL membuat keputusan bahawa semua perlawanan Liga Malaysia yang akan berlangsung minggu ini akan jalankan mengikut jadual termasuk Perlawanan Sumbangsih,” tulisnya.