PEMAIN perseorangan badminton negara, Leong Jun Hao mengetuai Malaysia meraih kemenangan bergaya 5-0 ke atas Perancis dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C Piala Sudirman di Gimnasium Fenghuang Xiamen, China pada Isnin.
Pemain nombor 26 dunia itu beraksi cemerlang untuk menewaskan pemain Perancis nombor 62 dunia, Arnaud Merkle dengan keputusan 22-20, 21-19 dalam masa 55 minit dalam acara perseorangan lelaki, sekali gus menghadiahkan mata ketiga dan kemenangan kepada Malaysia.
Terdahulu, pasangan beregu lelaki negara itu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen Malaysia dengan bergaya apabila mudah menewaskan Mael Cattoen-Lucas Renoir 21-11, 21-9.