HAJAT pasukan sepak takraw negara untuk menamatkan penantian 36 tahun muncul juara acara regu berpasukan Piala Raja Thai 2024 tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada tuan rumah Thailand pada Ahad.
Berdasarkan rekod, kali terakhir skuad negara memenangi Piala Raja Thai ialah pada 1988 yang ketika itu di bawah kendalian Haris Abdul Rahman.
Pada perlawanan akhir berlangsung di Nakhon Ratchasima, Thailand, regu pertama negara dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan) dan Farhan Adam (apit kiri) dipaksa bermain tiga set yang menyaksikan mereka tewas 15-4, 3-15, 11-15.