TUGAS sukar melanda kem Penang FC dalam misi kebangkitan selepas berdepan masalah kecederaan pemain utama.
Ketua jurulatih Penang FC, Chong Yee Fatt berkata, dia terpaksa melakukan sedikit rombakan dalam kesebelasan utama akibat masalah kecederaan menjelang perlawanan kedua menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Jumaat.
“Mungkin ada beberapa perubahan dalam kesebelasan utama kerana Azmeer Aris mengalami sedikit kecederaan, Hadin Azman dan beberapa pemain turut masih dalam pemantauan barisan kejurulatihan.







