PESTABOLA Merdeka 2024 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (KL) bakal bermula tidak lama lagi dengan kesemua empat negara bertanding sudah melakukan persiapan akhir.
Selain Harimau Malaya sebagai tuan rumah, tumpuan sudah tentu diberikan kepada Filipina yang merupakan pencabar terdekat berbanding Lubnan serta juara bertahan, Tajikistan.
Negara Asia Tenggara itu sesuai untuk diangkat sebagai pesaing utama dalam edisi kali ini kerana mereka cukup ‘masak’ dengan permainan skuad kebangsaan.