Dengar Suria

Sukan

Perubahan tarikh Piala AFF sukarkan MFL terbitkan jadual baki musim 2024/25

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Selasa mengumumkan jadual Liga Super 2024/2025 bagi Oktober dan November lebih awal yang melibatkan perlawanan minggu 14 sehingga minggu 16 (LS14-LS16) bermula pada 25 Oktober 2024 sehingga 30 November.

MFL memaklumkan bahawa perlawanan bagi Oktober dan November tersebut dikeluarkan lebih awal bagi membolehkan kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M) membuat persiapan lebih baik khususnya melibatkan aspek logistik pasukan.

“Pengumuman jadual perlawanan dalam tempoh dua bulan itu juga memberi ruang kepada MFL untuk menilai dan mengkaji susunan jadual terbaik dalam tempoh pertandingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 berlangsung iaitu pada 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%
Path: /terkini/sukan/perubahan-tarikh-piala-aff-sukarkan-mfl-terbitkan-jadual-baki-musim-202425/