PASUKAN hoki 5-sebelah (5’s) wanita kebangsaan berjaya melayakkan diri ke edisi pertama Piala Dunia Hoki 5’s 2024, selepas berjaya meraih pingat gangsa pada Piala Asia 5’s di Salalah, Oman pada Isnin.
Skuad negara berjaya bangkit daripada ketinggalan 1-4 untuk menewaskan Indonesia 2-1 pada penentuan shoot-out selepas keputusan terikat 4-4 pada aksi penentuan tempat ketiga/keempat itu.
Indonesia bermula garang apabila menjaringkan gol pembukaan menerusi Paulina Ronsumbre pada minit kelapan, sebelum Salma Maulani meledak dua gol padang pantas pada minit ke-10 dan 13 untuk mendahului dengan agak selesa.