PEMAIN pertahanan Minnesota United, Michael Boxall bakal melakukan penampilan pertama Piala Dunia 2026 selepas berjaya membantu New Zealand layak secara automatik pada 24 Mac lalu.
Boxall yang beraksi dalam kesebelasan utama New Zealand ketika menewaskan New Caledonia 3-0 turut berjaya menyumbang satu jaringan.
Pemain berusia 37 tahun itu juga merupakan bek utama Minnesota United dalam saingan Major League Soccer (MLS) meskipun sudah berusia.