TONGGAK pertahanan negara, Junior Eldstal tekad mengulangi detik manis membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada edisi 2023 yang dijadual berlangsung Jumaat dan 17 Oktober nanti.
Pemain kelab Liga 1 Indonesia Dewa United itu berkata, pencapaian yang dilakar bersama skuad Harimau Muda pada edisi 2013 di Kuantan, Pahang merupakan antara memori indah sepanjang kariernya di atas padang.
“Sudah tentu mahu ulang balik, ketika itu saya dapat jaringkan gol lagi ketika bermain sebagai pemain tengah tetapi sekarang nak naik di bahagian atas agak sukar.