PIHAK pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) begitu serius untuk melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) selepas mengumumkan ketibaan pemain import baharu, Anselmo Moraes dari Brazil.
Anselmo akan menggantikan Roque Mesa yang mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika aksi menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari lalu.
Pemain berusia 36 tahun itu dijangka membentuk satu gandingan menarik bersama Natxo Insa dan Jonathan Viera untuk menghadapi cabaran Pohang Steelers di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Johor pada Selasa (18 Februari).