PEMAIN perseorangan lelaki Sepanyol, Pablo Abian adalah atlet tertua pada usia 39 tahun dalam pertandingan badminton bagi temasya Sukan Olimpik Paris tetapi ia bukan alasan untuk dia tidak memberikan persembahan cemerlang.
Abian telah menjadi duri dalam daging kepada ramai pemain terkemuka Malaysia pada masa lalu dan nampaknya tradisi itu ingin diteruskan lagi menjelang pertemuan Lee Zii Jia pada Rabu.
Kedua-dua atlet itu difahamkan akan bertemu dalam perlawanan kedua Kumpulan G dengan satu tempat terakhir dalam pusingan 16 terakhir dipertaruhkan.