SELEPAS kita menyaksikan persembahan memukau ditonjolkan oleh Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Syria dan China, tumpuan boleh terarah kepada saingan bola sepak domestik pula.
Saingan Liga Super akan kembali bersambung dengan perjalanan kini memasuki fasa akhir. Walaupun begitu, masih lagi banyak perkara yang masih belum menemui kesudahannya.
Mahkota kejuaraan mungkin dijangka akan menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT), akan tetapi ada lagi pelbagai ‘konflik’ melibatkan kelab-kelab lain yang belum menemui jalan penyelesaian.