MULA timbul persoalan adakah penyokong Selangor FC sudah selesa dengan prestasi semasa Gergasi Merah?
Ini kerana suasana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika perlawanan Selangor dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada Sabtu (10 Ogos) tidak mendapat sambutan seperti biasa.
Beberapa faktor mungkin menjadi penyebab stadium keramat Selangor itu tidak ‘full house’ seperti perlawanan sebelum-sebelumnya.