GARA-GARA memakai baju yang memaparkan simbol genggaman tangan berlatarkan bendera Palestin, seorang penyokong Liverpool dihalau keluar dari Stadium.
Dia kemudian meluahkan perasaan dan mengakui ‘tidak akan kembali’ ke Anfield selepas mendakwa bendera Palestin serta baju hoodie telah diambil semasa perlawanan Liga Europa menentang Toulouse pada Khamis.
Mengakui peminat pasukan itu sejak usia lima tahun, penyokong terbabit turut mendakwa melakukan perjalanan sehingga tiga jam untuk menghadiri perlawanan di tempat sendiri.