AKADEMI Badminton Malaysia (ABM) menggugurkan tiga pemain perseorangan lelaki akademi itu iaitu Lee Shun Yang, Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng.
Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata, keputusan itu bersandarkan penilaian prestasi atlet terbabit ketika beraksi pada kejohanan antarabangsa dan semasa menjalani sesi latihan.
“Ini kali pertama saya rasakan pengguguran paling sukar, kebiasaannya kita hanya gugurkan satu dua sahaja.