TAMAT sudah minggu pertama perlawanan Liga Super (LS1) dengan menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal di tempat pertama liga selepas menang tanpa bertanding susulan penarikan diri Selangor FC pada Jumaat lalu.
Ia sekali gus memberikan tiga mata penuh buat Harimau Selatan menerusi kemenangan ‘walkover’ dengan keputusan tiga jaringan gol.
Bukan JDT sahaja, Terengganu FC (TFC), Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sri Pahang FC turut mencatatkan keputusan positif apabila berjaya mengutip tiga mata penuh ketika berdepan dengan lawan masing-masing.