BINTANG muda FC Barcelona, Lamine Yamal, terus menunjukkan komitmen tinggi bukan sahaja dalam dunia bola sepak, tetapi juga dalam pegangan agamanya.
Pemain berusia 17 tahun itu, yang merupakan antara tonggak utama dalam jentera serangan skuad Catalan, dilihat tetap berpuasa semasa sesi latihan, menjelang pertembungan penting menentang Real Sociedad dalam saingan La Liga musim 2024/2025.
Yamal telah menjadi salah seorang pemain yang paling menonjol dalam skuad kendalian Hansi Flick, dengan kelincahan dan kemahirannya memberikan impak besar kepada corak permainan ofensif pasukan.