PASUKAN skuad kebangsaan terpaksa akur apabila terkeluar awal daripada saingan Piala Asia selepas tewas dua perlawanan menentang Jordan dan Bahrain.
Walaupun Harimau Malaya membariskan ramai bintang-bintang ‘senior’, skuad kendalian Kim Pan-gon gagal menjaringkan sebarang gol berbanding pasukan Indonesia yang hadir dengan rata-ratanya pemain muda.
Pasukan Indonesia berjaya menjaringkan satu gol menentang pasukan-pasukan kuat seperti Iraq, Vietnam dan Jepun yang berada dalam Kumpulan D.