PENGURUS Besar Penang FC, Jeffrey Chew meluahkan rasa kesal berikutan kurangnya kesedaran dan keperluan mengenai penetapan tangga gaji dalam pengurusan kewangan pasukan bola sepak.
Skuad Harimau Kumbang telah menunjukkan konsistensi dalam menguruskan kewangan mereka dengan baik tanpa terjebak dalam sebarang masalah kewangan sepanjang musim.
Chew menyarankan agar pasukan-pasukan yang tidak mempunyai bajet besar perlu mempertimbangkan penetapan ‘salary cap’, lapor Stadium Astro.