HARAPAN peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan bekas pemain sayap Portugal, Ricardo Quaresma tertangguh selepas dia yang dijadualkan menyertai satu perlawanan di Stadium Darul Aman, Kedah tidak dapat berbuat demikian.
Ini selepas dia menyatakan terdapat urusan peribadi selain sempat meminta maaf terhadap orang ramai atas isu tersebut menerusi sebuah video dimuat naik di laman media sosial Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Namun, orang ramai masih boleh menyaksikan ‘King of Trivela’ itu beraksi di tanah air kerana pihak penganjur menyatakan satu tarikh baharu akan dimaklumkan dengan Quaresma akan turut beraksi.