SABAN tahun, setiap pemain dan jurulatih yang berkelana di Liga Malaysia akan berpeluang menerima penghargaan atas keringat yang diberikan sepanjang musim.
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23) akan menobatkan pemain-pemain dan barisan jurulatih terbilang yang berjaya memberikan kejayaan kepada kelab masing-masing.
Senarai pencalonan sudah pun dikeluarkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL). Namun begitu, terdapat beberapa nama yang dilihat ‘tertinggal bas’ daripada peluang mendapat penghargaan individu pada akhir musim.