PEMAIN beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah menghidupkan harapan untuk mara ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mencatatkan kemenangan mengejutkan ke atas bekas juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun.
Pearly-Thinaah memerlukan kemenangan selepas tewas tipis kepada pemain China, Chen Qingchen-Jia Yifan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, dan bangkit menewaskan pasangan ke-6 dunia Matsumoto-Nagahara dengan 18-21, 21-15, 21-16.
Dalam perlawanan di Adidas Arena di Port de la Chapelle pada Ahad, gandingan ranking ke-13 dunia itu mendahului 11-7 pada set pertama tetapi pasangan Jepun itu bangkit untuk merampas kemenangan.