PENANTIAN lapan tahun negara untuk menyaksikan beregu wanita beraksi di pentas suku akhir temasya Olimpik tamat selepas Pearly Tan-M. Thinaah menundukkan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.
Beregu negara yang berada di kedudukan ke-13 dunia itu melakar kejutan dalam kemenangan straight set 21-18, 21-9 untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan A.
Kempen beregu wanita itu bermula dengan langkah kiri selepas tewas 21-17, 21-20 dalam aksi pembukaan kepada Qing Chen-Yi Fan dari China.