PEMAIN beregu wanita utama negara, Pearly Tan, mahu memastikan dirinya bebas daripada sebarang kecederaan sepanjang tahun depan.
Pearly berkata, penting untuknya kekal cergas bagi membolehkan dia dan gandingannya, M. Thinaah mengesahkan slot untuk aksi sulung dalam Sukan Olimpik di Paris.
Mengimbas cabaran dihadapinya sepanjang tahun ini, pemain berusia 23 tahun itu mengakui beberapa rintangan termasuk kecederaan selain jatuh sakit telah menjejaskan prestasinya di gelanggang.